Ke mana hilangnya cerita kes bunuh Nurin Jazlin???

     Nurin Jazlin seorang kanak2 yang comel dan ceria telah dirogol, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh orang yang sehingga hari ini masih tidak dapat ditangkap. Anda semua pasti sedih apabila membaca berita mengenai kanak-kanak malang ini. Apa dosa dia sehingga diperlakukan seperti binatang?? Bukan sehari tapi hampir sebulan mangsa dikurung.. Tidak dapat dibayangkan bagaimana Nurin diperlakukan. Sungguh zalim orang yang berbuat sedemikian. Binatang pun tahu sayangkan anaknya. Bila difikir balik memang rasa nak seksa pesalah tersebut jika dia berjaya ditangkap. Buat seperti mana dia buat terhadap Nurin supaya dia rase apa yang dia buat ke atas kanak-kanak tersebut.

Kini, berita mengenai kes Nurin tidak dijadikan cerita utama dalam suratkhabar mahupun televisyen. Mengapa ini terjadi?? Adakah selepas beberapa suspek yang ditahan reman dilepaskan bermakna kita sudah berputus asa. Semua pihak harus memainkan peranan penting dan bekerjasama bagi memastikan penjenayah zalim itu ditangkap. Kadang-kadang saya terfikir..kenapa mereka dilepaskan? Apa yang saya tahu mereka dilepaskan kerana tidak cukup bukti. Bagaimana ini leh berlaku??? Lagi menghairankan saya ialah bagaimana wanita warga indonesia yang sanggup menelan simcard apabila ditangkap akhirnya dibebaskan juga.. Kalo difikir logik, takkanlah seseorang itu sanggup menelan simcard seolah-olah dia ada membuat salah.. Tapi kenapa dia dibebaskan akhirnya?? Kerana tidak cukup bukti dia dibebaskan, itu yang saya tahu dari akhbar-akhbar tempatan..Kenapa perkara ini berlaku? Takkan nak dibiarkan orang yang ada kaitan dilepaskan begitu sahaja atas alasan bukti tidak mencukupi..

Selalu saya lihat di filem-filem dimana penjenayah terlepas dari hukuman kerana tidak cukup bukti.. Sebagai contoh, seorang yang memang telah melakukan pembunuhan tapi selepas dibicarakan akhirnya dia dibebaskan kerana tidak cukup bukti.. Tersenyum gembira si penjenayah dapat bebas dan pastinya dia takkan insaf dengan perbuatannya.. Di sini saya ingin mengajak anda semua berfikir, kenapa perkara ini terjadi..di manakah silapnya.saya cukup yakin dengan pihak berkuasa negara kita dan saya harap mereka mengutamakan kes ini agar penjenayah binatang itu dapat ditangkap. Saya taknak ada kanak-kanak lain dijadikan mangsa oleh penjenayah zalim ini..

Semua badan haruslah bekerja keras supaya penjenayah ini dapat ditangkap dan diberikan hukuman yang setimpal terhadap apa yang telah dilakukannya.. Akhir kata, saya ingin mengajak seluruh rakyat malaysia tanpa mengira agama supaya kita berdoa dan membuat solat hajat agar penjenayah ini dapat ditangkap..Insyaallah dengan izin tuhan, penjenayah zalim ini dapat ditangkap..AMIN..Sesungguhnya tuhan mengetahui segalanya..

-Sekian-

~ by Rozaimie on October 22, 2007.

10 Responses to “Ke mana hilangnya cerita kes bunuh Nurin Jazlin???”

  1. kalu aku jumpe pembunuh nurin jazlin sudah tentu dye yang akan kulenyek sehingga mati plak..
    celaka punya pembunuh…
    xda hati perut…

  2. ala… mcm x tw jerk… kes 2 d’tutup sbb polis dh x jmpe pe2 bukti lg… dh 2, suspek2 yg d’syaki pd awlnye 2 d’bebaskn sbb polis x dpt bukti yg kukuh untuk tahan reman dorang… 2 pasal la…. lgpown,dh mmg jdk adat owg malaysia… mle2 kluar cte, peh… bpk gmpk… ble dh lme2,emmm…. diam sribu bhse… tgk jew aaa kes altantuya 2… smpy skng x tutup2 lg kes 2… lpz sowg2 d’hadapkan ke mahkamah… laz…,habok pown x da… aish…!!!!

  3. tu la…
    aku pn heran nape lA JD CMTU SKUNK NIH..
    aku asa kn kita ptut cdgkan kt media spaya kurgkan sket cte2 gosip sai artis nih…
    ni x…
    gosip je lbih…
    hal2 mcm ni ambek remeh jer…
    kalau la bnda cmni brlarutan ngara kta akn hancur suatu ari nti…
    fikirknlah sumer…

  4. hei !tu lah polis zaman skarang ni suke buat kerja dengan sia-sia seolah-olah kes ni tak serius.tak tau lah ape kan jadi d fiuture nanti!!

  5. ni sume sbb kelemahan kepimpimpinan..

  6. pihak polis prlu bijak menyelesaikan kes…

  7. bkn polis ni handle kes ni jer..bnyk ag jenayah kt lua sne 2…sme gak cm kes altantuya 2..lg pon klu pnjenayah 2 bbas d dunia…hukuman nyer sdg menanti d ‘sana’…kte doakn la mgsa2 bunuh,rogol dan ape sekali pon yg myebab kn kematian nie d cucuri rhmat..amin….jgn slah kn polis……sb bapak ak pon polis..

  8. semua pihak harus mengambil berat kes begini supaya ianya x jadi ag…lagipun pada penjenayah yg masih bebas ingatla hukuman berat menanti anda disana…anda msih lagi tak terlepas dari hukuman Allah….

  9. kejam nyerrr………
    x de ati perut langsung!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: