Rokok oh rokok..

Sajak ini ditujukan kepada semua perokok2 tegar mahupun yang baru nk berjinak..Wei..hentikanla tabiat merokok tu..xde faedah langsung..Sedap ke? Asap pahit mcm tu sedap apanya..dahla xsedap, memendekkan umur lg, pastu beri kesan kepada kesihatan(mcm2la penyakit kronik).. Dhla bg kesan kat diri sendiri, bila orang sekeliling hidu asap yang keluar tu juga kena kesannya.. Kesian, xbersalah pun jd mangsa..So kepada perokok.hentikanlah,membazir je..baikla ko simpan duit dari membeli rokok yang semakin hari semakin mahal..

Bahaya Rokok

Rokok
Kewujudanmu mengubah segala
Setiap pelosok negara kau mendapat tempat
Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok
Adakah mereka sedar akan bahayamu

Mereka lupa
Kau pembunuh seperti dadah
Mereka tidak sedar
Kau penyebab penyakit kronik
Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati

Siapa sangka
Kepulan asapmu yang putih itu
Punyai 4000 bahan kimia berbahaya
Mengundang derita si pembau
Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa

Sedarla wahai perokok
Merokok hanyala penderitaan
Kau akan merana dibelenggu penyakit
Hidupmu hanyalah kesakitan

Wahai perokok
Bersihkanlah tubuhmu
Muhasabahlah dirimu
Sucikanlah hatimu
Ceriakanlah hidupmu
Sinarilah hayatmu
TANPA rokok..

Nurkilan Mohd Rozaimie..5 July 07..

 

~ by Rozaimie on July 5, 2007.

23 Responses to “Rokok oh rokok..”

  1. Thanks 4 ur beautiful sajak… but i wanna say sorry cause i oltered ur sajak from rokok 2 dadah… Sorry!!! ;-(

  2. best la sajak ni saya mmang peminat sajak 2 cam ni =)

  3. saye ingin meminta kebenaran untuk kopi sajak ini boleh?

  4. mengapa sajak sekarang dah kurang nilai keindahan bahasa. boleh dikatakan sajak -sajak yang ada pada zaman sekarang tidak boleh di nilai gaya bahasanya.

  5. rangkap 1, 2, 4 dan 5 guru sekolah saya copy untuk pelajar sebagai pilihan untuk sajak pertandingan mendeklamasikan sajak minggu anti dadah di sekolah…

    saya pilih sajak saudara – Dadah Durjana
    *tak sangka pula cikgu saya ambil sajak untuk pilihan pelajar dari internet… kalau cikgu beritahu siapa penulis asal kan lebih bagus… tidaklah saya tertanya2 siapa penulis setiap sajak yg cikgu gunakan tu…

  6. simple cgt arh sjk ni cyg oi..
    p still ok ag..
    try ag au..:)

  7. peh sjak nie klau aku bace depan dak2 yg hisap rokok gerenti dyeorg benti rokok ar….

  8. sajak yg mungkin boleh membuatkan ayah saya berhenti merokok

    insyaallah……………

  9. Balada Seorang Perokok Tua.
    ______________________________________________________________

    Masa muda-muda
    tak pernah dia tahu
    perokok itu mati muda.

    Seloka cinta,
    “hisab rokok tembakau jawa,
    keluar asab berbunga-bunga…”
    … selalu meniti di bibirnya.

    Stalin
    Churchill
    Mao Tze Tung
    itu perokok tegar semuanya
    tapi mereka mati tua?

    Siapa tak pernah melihat foto
    Churchill dengan cerutu di jarinya?

    Stalin dengan asap berkepul dan berbunga-bunga
    di bilik mesyuarat bersama komradnya?

    Moa Tze Tung dengar cerita
    berkotak-kotak rokok sehari dihabisi
    mungkin untuk mencari ilham berpuisi?
    (kerana dia juga seorang penyair)

    Ada musykil di kepala
    mengapa stigmasi itu kini
    bergitu bermaharaja-lela?
    Mungkin untuk justifikasi
    mengaut keuntungan cukai yang berganda?

    Kini isteri yang dicintai
    mula pandai mencebik-mencebir
    bila jejari tuanya mencucuh mancis ke rokok di bibir.

    Pernah dia membeli tembakau luar negeri
    dengan aroma asap bervariasi
    dari deretan aroma potpuri hingga ke aroma kasturi
    harap dapat memenangi hati isteri
    namun isteri tetap tebatuk-batuk (dibuat-buat?) menjauhkan diri
    bila rokoknya berasap di jari!

    Di pembungkus tembakau itu
    tertera amaran berhuruf besar,
    “SMOKERS DIE YOUNGER”
    tapi dia tak mahu percaya
    berdetik hatinya pula berkata,
    “ah, NON-SMOKERS CAN’T LIVE FOREVER!”

    ___________________________________________________________
    FM
    11 Jan 2010

  10. salam….buleh tak saya masukkan nukilan ni di dalam buletin? untuk renungan perokok2….apeapejea@yahoo.com

  11. boleyh sy masukan sajak ini dalam majalah sekolah kami?
    untuk menyedarkan perokok di sekolah kami, makin bertambah pula perokok skrg, 😦
    nurul_livgt@yahoo.com

  12. maaf ya. ejaan salah. sedarlah.. not sedarla

  13. πŸ™‚

  14. sorry.salah ejaan.sedarla sepatutnya sedarlah

  15. πŸ™‚

  16. pantun ini bagus untuk orang yang merokok untuk sedar diri dia tu adalah bahaya.Itu sahaja sya nak cakap.sekian terima kasih:-)

  17. sy rasa sy mesti menang pada pertandingan sajak thn ni tak sabarla (^^)
    rasanya dapat nombor 2ke3 ataupun 1 ataupu 45678910 kkalau 10 sy tak suka hal tu

  18. sorry salah ejaan kalau tu bukan kkalau sedarla apa yang salah

  19. ini bukan pantun tapi sajakla apala orang gila la tu

  20. minta izin copy sajak ni boleh kan ?

  21. ok sajak ni…bagus!!

  22. sajak ni ok,interesting and good…i like it…. πŸ™‚

  23. sajak ini indah. minya izin copy πŸ™‚

Leave a reply to mrs.ayie Cancel reply