“Suatu Senja Datang Keinsafan” menggegar dunia seni tanah air!!!

Berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, sayembara mencipta lagu puisi 2007 telah berlangsung dgn jayanya. 10 peserta peringkat akhir telah bertanding bg merebut gelaran juara. Seperti telah terdetik di hati sy bahawa puisi ciptaan Badrul Hisham Abdul Hamid akan menjadi johan. Puisi ini telah mendapt johan dan penyanyi yang menyanyikan puisi ini dalam bentuk lagu telah berjaya memenangi persembahan terbaik.

Marila kita sama2 menghayati puisi sang juara ini:

“Suatu Senja Datang Keinsafan”

Duduk sendiri di sini
ketenangan menyapa
kulihat
rumput berbisik
angin mengejek
tentang manusia
tapi siapa yang memasang telinga
kecuali aku

duduk sendiri di sini
bagaikan makhluk dari planet asing
mereka kuajak berunding
sebenarnya manusia ciptaan teragung
lalu kami pun berbicara
dalam ruang kosong dan sepi
tanpa suara tanpa nada

duduk sendiri di sini
siang hampir tertutup
kini aku mengerti
Maha Suci Allah
ini insan sedar
bahawa kewujudan ini
hanyalah kerana-Mu
Tuhan.                        (Badrul Hisham Abdul Hamid)

~ by Rozaimie on May 18, 2007.

7 Responses to ““Suatu Senja Datang Keinsafan” menggegar dunia seni tanah air!!!”

  1. sayup atiku baca puitis ini…

  2. TauK x cpA pN ciptaaN asL puiSi tOwK ??

  3. Salam, tiba-tiba terdetik hati ingin melihat apa yang ada pada nama dan puisi. Saya adalah Badrul Hisham yang menuliskan lagu “Suatu Senja datang Keinsafan”. Sebenarnya hanya lagu yang saya indahkan dari puisi yang sebenarnya dinukil oleh Pn LENA PIEE yang kini berada di Sarawak. Terima kasih kerana ada yang memberi perhatian. Jika ingin terus mendengar lagu-lagu puisi yang ditulis oleh saya, sila emelkan alamat emel anda ke bardpuisilagu@yahoo.com

  4. Salam,

    Email saya, bahador_bard@yahoo.com.my

    Badrul Hisham bin Abdul Hamid

  5. apakah yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui puisi ini?

  6. Salam, bertahun baru terlihat kembali.
    Pengarang ingin menyampaikan mesej bahasa kekuasaan dan kebesaran Allah sebagai pencipta, ada didepan Mata kita. Cuma perlu diperhalusi dgn mata hati bersandarkan kepada surah al jathiah yg mengesahkan setiap kejadian itu milikNya.

    Berapa kerdilnya kit a sebagai mahluk Yang selalu lupa dan alpa.

  7. bahador & bukanmunafiq adalah penulis yang sama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: