Ramadahan Al-Mubarak
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kepada pembaca yang budiman, terima kasih kerana anda semua masih lagi setia mengunjung blog ini. Jutaan terima kasih sy berikan..Alhamdulillah sekarang kita telah menyambut bulan ramadhan dan akan menyambuat hari raya aidilfitri xlama lagi..Oleh itu sy ingin mengajak rakan2 sekalian supaya sentiasa meningkatkan amalan kepada ALLAH SWT. Sy ingin mengajak anda berfikir tentang faedah berpuasa di mana kita di tuntut menahan bukan sahaja nafsu makan tetapi juga pelbagai lagi nafsu seperti nafsu mata, hati, tangan dan lain-lain lagi. Semoga semua dapat melaksanakn perintah tersebut dengan amanahnya. AMIN.
Saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak menghantar post. Ini kerana sy sibuk menyiapkan tugasan untuk di hantar sebelum raya. Alhamdullah, sebahagian daripadanya sudah selesai dan di hantar. Sya akan berusaha untuk mencipta dan menghantar sajak dan juga pantun mengenai puasa dan raya. Insyaallah. Di harap anda semua terus setia dengan laman ini.
Panas terik mencabar semua,
Dahaga terasa semasa berjalan,
Sentiasa berzikir letih dilupa,
Selamat berpuasa ukirlah senyuman.
(Md.Rz & Mohd. Rozaimie..07)




Pantun puasa 6 kerat
sejuk menyucuk air perigi,
asasnya wuduk di subuh hari,
dihampar sejadah mengadap Ilahi;
Ramadhan yang datang, berlalu pergi,
insyaalah akan kembali’
mungkinkah kita masih di sini…
kyra
Telah dicopy dan diedit;
Mungkinkah ini ramadhan yang terakhir..
apakah bumi telah tiba penghujung hayatnya..
atau kita berada di kemuncaknya..
ramadhan, aku akan merinduimu..
kerana aku telah mengabaikan mu..
moga masih ada ruang untuk ku…
bertemu dengan mu..
menebus semula kebodohan ..dan kejahilan..
moga masih tersimpan masa untukku..
kembalilah ramadhan…