Air Hujan Tak Seperti Air Mata

•April 22, 2008 • 18 Comments

Air Hujan Tak Seperti Air Mata..Md. Rz 08..


Bangkitkan ku…
Renyai hujan aku abaikan..
Guruh berdentum tanpa sedikit getaran di hatiku..
Seolah-olah aku tidak mendengar jeritan alam..


Di manakah aku..
Hidupku kini umpama ikan tenang di air..
Berenang bebas tanpa haluan..
Tenang menyusuri sungai tatkala petir berdentum..
Bagaikan buih-buih air berenang bersama sang ikan..
Tidak menghirau petir di darat..


Sedarkan diriku dari lamunan..
Kerap kali ku lihat cahaya kecil di hujung kegelapan..
Adakah sinar kejayaan..
ataupun api penyiksaan..
Hendakku kejar dan aku gapai..
Tapi semakin laju aku berlari..
Semakin jauh ia pergi meninggalkan ku..


Hujan semakin lebat..
Tapi mengapa aku tidak kisah semua itu..
Mengapa aku hanya mendengar titisan hujan
seperti hembusan angin di subuh hari..
Loceng di hati masih belum mampu menyedarkanku dari lamunan..


Kini ku sedar..
Titisan hujan hanya membuat diriku dibuai bayangan..
Hanya titisan air mataku mampu menyedarkanku dari lamunan..
Mengalir kering di kelopak mataku..
Seperti memberitahu apa yang berlaku..


Berdetikla loceng di hati,
Membangunkanku dari mimpi tanpa tidur..
Ku serahkan kepada ilahi,
Bagi menentukan perjalanan hidupku,
yang kini jauh di dasar laut..

Md.Rz 08

 


 
Sajak ini tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..Ianya hanya sekadar coretan kata-kata bagi tujuan memberi penghayatan kepada orang yang membacanya..Semoga ia dapat memberi sedikit makna dalam kehidupan anda..Fahamilah sajak ini dari banyak aspek..Sekian..Wasalam.. ;-)

Hutan rimba di bawah bayu,
Berlari-lari di kejar bayangan,
Takkan hamba mati dahulu,
Selagi puteri masih di kayangan.

Md.Rz 08..

 

Terima kasih kepada anda semua…

•April 7, 2008 • 6 Comments

Assalamualaikum…

Terima kasih kepada semua pembaca blog ini yang sudi memberikan sokongan dan komen yang membina..Saya ingin meminta maaf kepada anda semua kerana kurang menambah karya baru..Kekangan masa yang padat menyebabkan saya tidak ada masa untuk menghasilkan karya baru..Insyaallah dalam masa terdekat ni, saya akan cuba hasilkan karya yang baru untuk anda semua..Diharapkan anda semua dapat memberikan sokongan dari masa ke semasa..

*Untuk pertanyaan yang lebih lanjut.sila email kepada saya di kamie_kof03@yahoo.com .

Selamat maju jaya kepada semua.. ;-)

Insan yang tertekan..Depress sindrome..

•January 17, 2008 • 7 Comments

Assalamualaikum..
Saya terpanggil untuk menulis entry ini setelah mendapat sedikit ilmu yang saya rase ingin berkongsi dengan anda semua..Semoga ianya serba sedikit dapat dijadikan panduan kita bersama dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini. ‘Depress sindrome’ dalam bahasa melayu ialah tertekan or tekanan perasaaan. Orang yang mempunyai masalah ini amat memerlukan sokongan daripada orang disekelilingnya. Sebagai insan yang perihatin, apabila kita melihat kawan kita mempunyai masalah tekanan perasaan, kita haruslah mendekati dia. Antara ciri – ciri orang yang sedang mengalami masalah tekanan perasaan ialah:

-pendiam. -cepat marah.
-murung. -tidak makan untuk tempoh yang agak lama.
-suka bersendiri. -kerap kali bersedih.
-tidak bergaul dengan orang lain. -tidak tidur malam.

Sekiranya anda rasakan ada orang disekeliling anda yang mungkin mempunyai masalah depress ini, berilah perhatian dan dekatilah dia supaya masalah yang dialaminya dapat diluahkan. Mungkin itu akan membuatkan tekanan perasaan dia akan menurun. Depress atau tekanan perasaan mempunyai kesan yang amat buruk dan diluar jangkaan fikiran manusia sebagai contoh:

-membunuh diri. -berkelakuan seperti orang gila.
-mencederakan/menyakiti diri sendiri. -mengambil benda yang haram seperti dadah.
-memcederakan orang lain. -berdendam kepada orang lain.

Masalah ini sering dikaitkan dengan remaja tetapi jangan terkejut apabila saya katakan kanak-kanak juga terdedah kepada masalah ini. Kanak-kanak mempunyai pemikiran yang singkat dan tidak berfikir panjang. Apabila kemahuan mereka ditolak bulat-bulat atau takut untuk berdepan apabila membuat kesalahan akan membuatkan mereka bertindak di luar kawalan minda mereka. Kepada ibu bapa, anda semua haruslah memberi perhatian dan sentiasa mengambil berat perihal anak mereka. Sebagai ibu bapa, janganlah jadi ibu bapa semata-mata, kadang-kadang jadilah kawan kepada anak-anak supaya mereka dapat berkongsi apa sahaja bersama anda.
Golongan remaja paling mendapat perhatian dalam masalah ini kerana pada tahap ini, mereka inginkan kebebasan tetapi keinginan melampau mereka yang tidak direstui keluarga akan membuatkan mereka bertindak diluar kawalan. Sebagai ibu bapa, tingkah laku anak-anak mestilah dijaga kerana apabila mereka mendapat sedikit kebebasan, mereka mahukan lebih lagi dan apabila tidak dibenarkan, itu akan membuatkan perasaan mereka memberontak. Mulai saat itu, mereka akan terdesak untuk melakukan apa sahaja bagi mendapat apa yang mereka mahu. Susah untuk kita menyelesaikan masalah ini kerana individu itu sendiri mempunyai kehendak mereka, kita hanya boleh memberi panduan dan jalan supaya ianya serba sedikit dapat membuka minda mereka. Saya sebagai bakal guru berharap kita semua dapat membantu terutamanya golongan kanak-kanak kerana supaya apabila mereka remaja kelak, tekanan perasaan atau depress ini tidak menghantui diri mereka. Sekian.

Ke mana hilangnya cerita kes bunuh Nurin Jazlin???

•October 22, 2007 • 10 Comments

     Nurin Jazlin seorang kanak2 yang comel dan ceria telah dirogol, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh orang yang sehingga hari ini masih tidak dapat ditangkap. Anda semua pasti sedih apabila membaca berita mengenai kanak-kanak malang ini. Apa dosa dia sehingga diperlakukan seperti binatang?? Bukan sehari tapi hampir sebulan mangsa dikurung.. Tidak dapat dibayangkan bagaimana Nurin diperlakukan. Sungguh zalim orang yang berbuat sedemikian. Binatang pun tahu sayangkan anaknya. Bila difikir balik memang rasa nak seksa pesalah tersebut jika dia berjaya ditangkap. Buat seperti mana dia buat terhadap Nurin supaya dia rase apa yang dia buat ke atas kanak-kanak tersebut.

Kini, berita mengenai kes Nurin tidak dijadikan cerita utama dalam suratkhabar mahupun televisyen. Mengapa ini terjadi?? Adakah selepas beberapa suspek yang ditahan reman dilepaskan bermakna kita sudah berputus asa. Semua pihak harus memainkan peranan penting dan bekerjasama bagi memastikan penjenayah zalim itu ditangkap. Kadang-kadang saya terfikir..kenapa mereka dilepaskan? Apa yang saya tahu mereka dilepaskan kerana tidak cukup bukti. Bagaimana ini leh berlaku??? Lagi menghairankan saya ialah bagaimana wanita warga indonesia yang sanggup menelan simcard apabila ditangkap akhirnya dibebaskan juga.. Kalo difikir logik, takkanlah seseorang itu sanggup menelan simcard seolah-olah dia ada membuat salah.. Tapi kenapa dia dibebaskan akhirnya?? Kerana tidak cukup bukti dia dibebaskan, itu yang saya tahu dari akhbar-akhbar tempatan..Kenapa perkara ini berlaku? Takkan nak dibiarkan orang yang ada kaitan dilepaskan begitu sahaja atas alasan bukti tidak mencukupi..

Selalu saya lihat di filem-filem dimana penjenayah terlepas dari hukuman kerana tidak cukup bukti.. Sebagai contoh, seorang yang memang telah melakukan pembunuhan tapi selepas dibicarakan akhirnya dia dibebaskan kerana tidak cukup bukti.. Tersenyum gembira si penjenayah dapat bebas dan pastinya dia takkan insaf dengan perbuatannya.. Di sini saya ingin mengajak anda semua berfikir, kenapa perkara ini terjadi..di manakah silapnya.saya cukup yakin dengan pihak berkuasa negara kita dan saya harap mereka mengutamakan kes ini agar penjenayah binatang itu dapat ditangkap. Saya taknak ada kanak-kanak lain dijadikan mangsa oleh penjenayah zalim ini..

Semua badan haruslah bekerja keras supaya penjenayah ini dapat ditangkap dan diberikan hukuman yang setimpal terhadap apa yang telah dilakukannya.. Akhir kata, saya ingin mengajak seluruh rakyat malaysia tanpa mengira agama supaya kita berdoa dan membuat solat hajat agar penjenayah ini dapat ditangkap..Insyaallah dengan izin tuhan, penjenayah zalim ini dapat ditangkap..AMIN..Sesungguhnya tuhan mengetahui segalanya..

-Sekian-

Ramadahan Al-Mubarak

•September 25, 2007 • 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada pembaca yang budiman, terima kasih kerana anda semua masih lagi setia mengunjung blog ini. Jutaan terima kasih sy berikan..Alhamdulillah sekarang kita telah menyambut bulan ramadhan dan akan menyambuat hari raya aidilfitri xlama lagi..Oleh itu sy ingin mengajak rakan2 sekalian supaya sentiasa meningkatkan amalan kepada ALLAH SWT. Sy ingin mengajak anda berfikir tentang faedah berpuasa di mana kita di tuntut menahan bukan sahaja nafsu makan tetapi juga pelbagai lagi nafsu seperti nafsu mata, hati, tangan dan lain-lain lagi. Semoga semua dapat melaksanakn perintah tersebut dengan amanahnya. AMIN.

Saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak menghantar post. Ini kerana sy sibuk menyiapkan tugasan untuk di hantar sebelum raya. Alhamdullah, sebahagian daripadanya sudah selesai dan di hantar. Sya akan berusaha untuk mencipta dan menghantar sajak dan juga pantun mengenai puasa dan raya. Insyaallah. Di harap anda semua terus setia dengan laman ini.

Panas terik mencabar semua,
Dahaga terasa semasa berjalan,
Sentiasa berzikir letih dilupa,
Selamat berpuasa ukirlah senyuman.

(Md.Rz & Mohd. Rozaimie..07)

Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Kali ke-50…

•August 31, 2007 • 3 Comments

Assalamualaikum..

Pertamanya sy ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-50 kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga barisan pemimpin negra yang berjaya menjadikan negara kita cemerlang, gemilang dan terbilang..Ingatilah juga para pemimpin terdahulu dan pejuang-pejuang yang berkorban nyawa menuntut kemerdekaan.

Marilah kita sama-sama mengekalkan kemerdekaan ini agar ia sentiasa berada dalam tangan kita buat selama-lamanya..Janganlah kita leka dan alpa di atas kesenangan dan kemewahan yang ada sekarang kerana kelak ia akan membuatkan kita tenggelam di telan semua itu dan akhirnya negara kita tergadai..JANGAN!JANGAN BIARKAN IA BERLAKU!!

Akhir kata dari saya, selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-50..semoga kita semua makin cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama pemimpin bijaksana negara kita..Amin..

 

Pantun Cinta dan memikat..

•August 19, 2007 • 188 Comments

Bertudung cantik mata memikat,
Melirik senyuman memukau semua,
Wahai cik adik saya terpikat,
Bolehkah tahu siapa nama.

Md.Rz & Mohd. Rozaimie..07

Hati merindu fikiran melayang,
Burung merpati terbang tinggi,
Terkenang si dia terbayang-bayang,
Itulah tanda dah jatuh hati.

Md.Rz & Mohd. Rozaimie..07

Bunyi lagu membangkit suasana,
Bunga mekar di depan mata,
Sunyi rasa tak dapat bersama,
Kekasih hati jauh di sana.

Md.Rz & Mohd. Rozaimie..07

Layang-layang terputus tali,
Jatuh ke bumi melayang laju,
Wahai kekasih aku berjanji,
Aku dicipta hanya untukmu.

Md.Rz & Mohd. Rozaimie..07

Hujan turun laut membiru,
Dingin malam mengusik kalbu,
Biar batu menjadi debu,
Aku tetap sayang padamu.

Md.Rz & Mohd. Rozaimie..07

Berjalan segak bergerak pantas,
Jangan terlupa melihat tetamu,
Wahai abang yang manis,
Sudikah jalan bersamaku.

Md.Rz & Mohd. Rozaimie..07

Bunyi jantung tanda debaran,
Ingin bertanya tetapi malu,
Ku menunggu penuh harapan,
Sudikah engkau menerimaku.

Md.Rz & Mohd. Rozaimie..07

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.